Wednesday 10 October 2012

SABAH bah.....(Lawatan bersama PPKI SK Alai)

Akhirnya, sampai juga aku ke Sabah, bumi di bawah bayu bersama anakku Iffah dan guru2 serta murid2
PPKI SK Alai melalui Program 'Kembara Borneo' mulai 3-5 Oktober 2012.Itu namanya menumpang tuah anak! Kalau tak ...tak sampai lagi! Ini juga pengalaman  pertama naik kapalterbang. Dah terpaksa temankan anak....Tapi lawatan ni memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Walaupun penat tapi dapat lihat tempat orang yang lain daripada tempat sendiri...itu yang 
bestnya.


Dah sampai di bumi Sabah
Di Rumah Terbalik


Di Kinabalu Park

Ladang Teh Sabah
angin kuat...dingin sekali...

Terapi Ikan
Pemandangan yg cantik dan memberi ketenangan
Jambatan gantung ...
Iffah dah penat...







Tuesday 4 September 2012

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK RENUNGAN BERSAMA….


Semoga ia dapat memotivasikan diri kita menjadi lebih baik.
Semoga ‘HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM’…

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Jika anda tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana. – Dr. HM Tuah
The important thing in life is not what happened to you in the past, but what is going to happen to you in the future. – Dr. HM Tuah
Untuk mendapat yang terbaik, pastikan anda telah memberi yang terbaik. –Dr. HM Tuah
Guru boleh ditemui di sekolah dan di rumah, tetapi guru yang terbaik  ialah pengalaman-pengalaman kita sendiri.- Dr. HM Tuah
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille 

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen 
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Wednesday 29 August 2012

Penangan buku 'Nak ke Tak Nak'

'Nak ke Tak Nak' , buku motivasi karya Dr. HM Tuah Al Haj yang berjaya menaikkan semangat dan motivasiku pada tahun 2008. Apa yang berlaku pada tahun tu??? Haa...ni nak kongsi cerita sikit. Sekitar bulan Julai kalau tak silap, aku dapat surat kena pergi kursus PTK di Johor Bahru selama seminggu... Berderau darah apabila baca surat tu. Apa taknya, bukan sekadar bawak badan pergi kursus je tapi kena siapkan assignment bertaip dan tugasan dalam bentuk power point . Alamakkk!!!Camne ni??Laptop tak ada dan nak buat power point pun tak tau. Internet pun tak tau nak buka. Nampak benar aku ni tak ikuti perkembangan teknologi...Malam tu memamng tak lelap mata memikirkannya!!

Alhamdulillah, orang disekelilingku banyak membantu dan aku berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan urusanku. Aku pun mula belajar menggunakan internet untuk cari bahan. Dalam masa yang sama, tugas sebagai guru perlu diteruskan. Masa tu pulak persiapan untuk persaraan Pengetua sedang rancak dijalankan.Wow! bukan buat kerja 2 in 1 tapi macam 5 in 1 termasuk kerja2 di rumah. Macam nak nangis pun ada. Tapi masa tu teringat cerita-cerita motivasi dari buku tadi. Antaranya kita mesti ada hasrat dan matlamat untuk mencapai sesuatu. Aku selalu sebut dengan suami dan anak-anak, "mak nak dapat result 4-4 dalam kursus PTK ni, lepas ni tak nak ulang lagi." Sebabnya, dahlah kena tinggalkan keluarga selama seminggu dengan anak bungsuku yang berpenyakit jantung baru berusia 3 tahun masa tu. Suami pulak bukan sihat benar. Oh!! dugaan...dugaan...

Mungkin Allah mendengar doa hambanya ini...kebetulan ada kursus LDAP tentang penggunaan power point dalam P & P. Maklumat dan contoh assignment daripada pihak jabatan, contoh tajuk2 public speaking daripada kawan2 yang dah pergi kursus dan sebagainya aku perolehi. Suami pun suruh beli laptop, dia jadi tukang edit aku punya assignment. Yang lucunya anak2 tak kacau mak dia buat assignment sebab tak nak mak dia kena ulang kursus. Nanti kena tinggal Lagi...

Akhirnya, masa kursus berjalan lancar. Aku dapat tajuk public speaking yang kuidamkan. Masa peperiksaan pun ok..segala maklumat dan contoh yang aku telah rancang di minda ku berjaya dikeluarkan sebagai jawapan. Perghhh!! punyalah lenguh tangan menjawab soalan tu selama 3 jam. Nak tau resultnya macam mana??? Yes!! Aku berjaya mendapat keputusan 4-4 seperti yang kuhajati....Syukur Alhamdulillah...

Satu lagi buku karya Dr. HM Tuah yang sudah dibaca ialah 'Biar Betul betul' dan sekarang sedang baca buku bertajuk 'Nak Jadi Jadi'. Buku motivasinya memang santai....sesekali ada kelapangan aku tak lepaskan peluang membacanya...diharapkan motivasi bekerja dan menjalani kehidupan ini tidak menurun...

Puding Roti Karemal yang enak dan mudah dibuat.

Puding Roti Karemal...tiba2 menjadi kesukaan keluargaku. Malah pada hari raya ini apabila dihidangkan kepada tetamu, semua bertanya bagaiman nak membuatnya. Senang aje...rujuk resepi di bawah. Terima kasih kepada pemilik asal resepi ini
                                                          



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL 
resepi asal : rosaliza@embunkasih

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
1.    Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
2.    Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
3.    Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) -  kukus 30min je

Thursday 2 August 2012

Nostalgia Kad Raya

Diam tak diam dah 14 hari kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu.Tiba-tiba aku teringat suasana menjelang hari raya era 80an dan awal 90an. Masa tu , kalau dah masuk minggu kedua puasa ...yang paling ditunggu-tunggu ialah kedatangan kad raya daripada kawan-kawan. Kita pun sibuk beli kad raya untuk dihantar kepada cikgu2 kesayangan dan kawan2. Pantang dengar bunyi motor posman, mulalah berlari ke depan rumah. Kalau posman tak berhenti...aduhhh!! Frustnya..

Apabila dah banyak dapat kad raya mulalah kepala ni ligat cari idea mana nak gantungkannya.Nak gantung stail senget2 ke tegak2??Hahaha...nak cari rantinglah untuk gantung kad raya ni. Dah dapat ranting nak cat pulak ranting tu. Ha! nak cat warna gold ke silver??? Akhirnya pasu hiasan mak jadi mangsa untuk pacak ranting kad raya tu...Seronok betul masa tu nak hias rumah dengan kad raya.

Tapi sekarang dah tak terasa lagi suasana tu...Malam raya dan pagi raya barulah busy telefon ni terima mesej ucapan raya. Suka memanglah suka dapat ucapan...tapi tak nampak bendanya...Kesian anak2 sekarang tak dapat rasa suasana tu...kan!kan!kan!






Kata-kata Hikmah Imam Al Ghazali - kita kongsi bersama....


Mutiara Kata...
Kata-Kata Hikmah Imam Al Ghazali


1.                   Apakah yang paling dekat dengan kita?
Yang paling dengan kita adalah Mati..
Janji Allah.."tiap2 yang hidup pasti akan merasai mati"

2.                  Apakah yang paling jauh dengan kita?
Yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu..
Perkara yang kita tidak boleh untuk patah balik dan tidak akan dapat mengembalikan masa yang lalu.Lalui hari2 yang mendatang dengan berlandaskan syariat Allah..

3.                  Apakah yang paling besar di dunia ini?
Yang paling besar di dalam dunia adalah hawa nafsu..
Hawa nafsu terbahagi kepada banyak perkara antaranya..nafsu makan,nafsu tidur,nafsu seks,nafsu untuk mendapatkan sesuatu dan byk lagi..
Rasulullah S.A.W bersabda "Jihad peperangan baru sesikit..lalu para sahabat terkejut dan bertanya..apakah jihad yang paling besar..jawab Nabi ....Jihad yg paling besar adalah berperang dengan hawa nafsu"..
Firman Allah S.W.T "Maka kita harus berhati hati dengan hawa nafsu,jangan nafsu membawa kita ke api neraka"..(Al A'raf  :179)

4.                Apakah yang paling berat?
Yang paling berat adalah Amanah..
"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5.                   Apakah yang paling ringan di dunia?
Yang paling ringan adalah meninggalkan Solat..
Sibuk..Sibuk dan Sibuk..Penat..Penat dan Penat.itulah alasan yang paling ketara untuk meninggalkan solat..Gara gara kerja..dengan semudah ABC meninggalkan solat!

6.                  Apakah yang paling tajam di dunia?
Yang paling tajam adalah Lidah..
Lidah? timbulnya fitnah..mengumpat..mencaci..mencerca..mengutuk..memaki dan sbgnya..
Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” 

Kenangan Raya 2011




Pelajar2 5Ekuiti 2011



Bersama Kenny Lim dan isteri( rakan sekolah yg bertemu semula melalui FB selepas 30 tahun. 

Wednesday 1 August 2012

Zaman Persekolahan

Mengimbau kenangan di zaman persekolahan membuatkan aku tersenyum sendirian. Banyak memori bersama rakan2 yang masih segar diingatan dan tak kurang juga yang semakin hilang bersama masa...Almaklumlah dah umur begini...Tapi, Fb telah menemukan aku dan kawan2 dari SK Petaling ,SMK Petaling dan SMART Kuantan...Walaupun bertemu di alam maya tapi setidak2nya dapat mengeratkan semula silaturrahim kami semula.